SHOPPING ONLINE LAGI BEST

1) Bagi yang first time ingin membeli barang secara online, mesti macam takut kene tipu kan?
Yela, duit dah bayar tapi barang x sampai. Barang harga mahal tapi kualiti macam harga murah.
Jangan risau, kami berniaga secara ikhlas untuk mencari rezeki yang halal. Duit yang kami dapat pun untuk belanja makan minum anak sekeluarga. InsyaAllah, kami akan cuba berniaga secara terbaik yang mampu kami berikan. Kami menggunakan khidmat pos laju yang akan menjamin barang kiriman.

2) Kalau beli online xdapat rasa jenis kain, x dapat nak try sarung n pakai, tak dapat tengok warna sesuai dengan baju?
InsyaAllah, setiap barang yang kami jual kami akan cuba describekan / memberi penerangan selengkapnya berkaitan dengan barang yang dijual. Jadinya anda bolehla gunakan daya imiginasi untuk merasa jenis kain yang kami jual dan juga kami akan nyatakan keselesaan setelah kami mencuba barangan yang dijual. Juga ada tips bagi mereka yang bermuka bulat. Bagi warna pula, kami akan menggunakan natural lighting (Cahaya dari tingkap) bukan dari lampu yang malap. Gambar juga kami akan pastikan 90% sama dengan warna barang yang dijual 10% lagi bergantung kepada skrin paparan Komputer / Handphone anda. Kalau Skrin warna cerah, maka cerahla gambanya, kalau gelap maka gelapla gambarnya. Tapi still x lari banyak pun.

3) Tak reti nak tengok dalam blog ni. Tak reti nak tekan kat mana sebab banyak sangat benda?
Mula-mula memangla susah, sebab x biasa tapi lama2 membelek blog ni mesti dah terror kan :)
InsyaAllah, anda boleh klik pada katogeri pilihan yang berada di sebelah kanan. Dan untuk pilihan lama anda boleh klik di older post di mukasurat paling bawah sekali.

4) Rugi beli online sebab kene bayar duit pos?
Kalau beli 1 barang memangla rugi, tapi kalau beli 10 barang, harga pos kami bagi free :)
Tapi kalau anda keluar naik kete lg mahal duit minyak kan.. kan? Masa itu emas pun membazir juga. Nak keluar bawa anak-anak dan suami cari barang lagi la leceh nak memilih kan?

Sebenarnya shopping online lagi best sebab:
a) Menjimatkan masa - takperlu membazir masa bawa kereta dan berjalan-jalan jauh untuk membeli barang.
b) Lebih mudah pilih barang - Kalau ke kedai, banyak sangat nak kene selak, kene cari. Tapi dalam blog ni senang, klik2 jer. x yah usaha lebih-lebih nak tengok atas, bawah nak selak2 cari.
c) Keadaan yang selesa - Kalau shoping online, leh duduk di rumah atau office. Sambil makan, sambil tengok tv pun boleh shopping. Jadi mengapa anda perlu berpeluh di tengah panas ke hulu dan ke hilir mencari barang yang anda ingini.
d) Tak penat kalau takde beli - Kadang-kadang kita berjalan kehuilu ke hilir tapi x beli 1 barang pun. Jadinya, kalau anda shopping online anda x akan merasa penat pun. Tenaga pun boleh dilebihkan meluangkan masa bersama keluarga.
e) Tidak ada salesgirl memerhati - Kadang2 pergi kedai ada jer sales girl ikut ke sana ke sini. Ingat kita ni pencuri x pun pandangan sinis "reti pakai ke barang yang terbaru extravaganza nih." Terus x jadi beli sebab menyampah dengan salesgirl yang sombong poyo.

Jadi, apa lagi? cepatlah membeli-belah :)